Wakaf Darul Ihsan

Prisma Society

Wakaf Darul Ihsan

Rumah Kebajikan Ank Yatim Huzai di Kemaman memerlukan sokongan anda untuk membangunkan beberapa fasiliti untuk kegunaan anak yatim di sini. Kami sangat menghargai sumbangan anda kepada mereka. #fundraising #projekinfaq #wakafhuzai Kami membuka Lot Wakaf untuk membaikpulih keadaan Rumah Huzai yang serba kekurangan.. Kami sangat sediakan kemudahan yang sedikit selesa buat adik adik kami di rumah Huzai yang makin lama makin bertambah . Setiap kali kami datang ke Rumah ini.. Inilah yang kami lihat.. serba kekurangan.. Kita pon rasa tak selesa kan kalau tinggal dalam keadaan macam ini.. . Setiap masa kami lihat adik-adik kami bermain.. Terdetik 2 perasaan iaitu gembira melihat mereka tersenyum riang dalam masa yang sama Risau melihat persekitaran mereka yang terdedah dengan risiko kesihatan & kecederaan . Dan diatas Tanah Wakaf penuh milik Rumah Huzai ini kami nak bina rumah baru untuk mereka.. membina tempat bermain mereka dan membina tempat masa depan mereka . Kami perlukan anda semua untuk memenuhi 2000 lot yang kami buka untuk Wakaf RM100 Rumah Huzai . RM100 dari anda untuk kami bina 👉🏻 Asrama untuk Istirehat mereka 👉🏻 Surau untuk didikan Agama mereka 👉🏻 Dewan Makan untuk mengenyangkan mereka 👉🏻 Bilik Belajar untuk masa depan mereka 👉🏻 Padang untuk menceriakan mereka . Aliran untuk Akhirat.. Salurkan sumbangan Wakaf anda untuk Rumah Huzai melalui Akaun Rasmi Rumah Huzai 👉🏻 CIMB Bank 👉🏻 Persatuan Kebajikan Islam Huzai 👉🏻 8603575473 . Dan hantarkan reference : WakafHuzai kepada wasap.my/601140555808 . Kami alu alukan anda untuk datang dan lihat sendiri keadaan adik-adik kami serta boleh dapatkan maklumat2 yang lebih lanjut dengan hubungi : 👉🏻 En Zali : 019-3405402 👉🏻 En Isham : 011-40555808 . Semoga memberi manfaat kepada semua . Rumah Kebaikan Anak Yatim Huzai merupakan kolaborasi bersama antara PRISMA dan Persatuan Kebajikan Islam Huzai (PERKAIH) ... https://www.facebook.com/381588622205915/posts/944887369209368?s=100000682235649&v=e&sfns=mo

Sebarkan Projek Ini

Surau yang baru dibina ini terletak di Ladang Sing-Sing Jalan Semporna – Kunak sebelum Ladang Pinangah 20KM dari pekan Semporna, Sabah.

Ustaz Yusuf, anak muda dari Tawau yang cuba menghidupkan sinar Islam di kawasan sekitar kampung. Masalah yang timbul adalah kawasan laluan Round About – Ladang Pinangah tidak memiliki sebarang surau/masjid dan ini menyukarkan untuk penduduk kampung di sana solat. Paling menyedihkan ada antara mereka yang tidak pernah solat sekalipun walaupun islam dan alasan tidak tahu mandi wajib.

Ketika ini, ustaz cuba mengajar kelas Fardhu Ain, pengajian Al-Quran dan Iqra dan juga bahasa Arab. Ustaz menggunakan rumah kakak dia (surau ketika ini seperti dalam gambar) untuk mengadakan solat jemaah dan pengajian setiap hari Rabu hingga Jumaat sahaja. Selepas solat Jumaat, ustaz balik ke Tawau dan begitulah setiap minggu.