Taking too long? Close loading screen.
Tabung Ihsan 2020

Tabung Ihsan 2020

Tahun 2020 adalah tahun yang mencabar bagi kita semua. Tetapi masih ramai mereka yang masih kurang bernasib baik daripada kita. Mari kita sama-sama menyumbang sedikit kepada mereka ke dalam Tabung Ihsan Prisma Society.

Sebarkan Projek Ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on reddit

Surau yang baru dibina ini terletak di Ladang Sing-Sing Jalan Semporna – Kunak sebelum Ladang Pinangah 20KM dari pekan Semporna, Sabah.

Ustaz Yusuf, anak muda dari Tawau yang cuba menghidupkan sinar Islam di kawasan sekitar kampung. Masalah yang timbul adalah kawasan laluan Round About – Ladang Pinangah tidak memiliki sebarang surau/masjid dan ini menyukarkan untuk penduduk kampung di sana solat. Paling menyedihkan ada antara mereka yang tidak pernah solat sekalipun walaupun islam dan alasan tidak tahu mandi wajib.

Ketika ini, ustaz cuba mengajar kelas Fardhu Ain, pengajian Al-Quran dan Iqra dan juga bahasa Arab. Ustaz menggunakan rumah kakak dia (surau ketika ini seperti dalam gambar) untuk mengadakan solat jemaah dan pengajian setiap hari Rabu hingga Jumaat sahaja. Selepas solat Jumaat, ustaz balik ke Tawau dan begitulah setiap minggu.