Surau yang baru dibina ini terletak di Ladang Sing-Sing Jalan Semporna – Kunak sebelum Ladang Pinangah 20KM dari pekan Semporna, Sabah.
Ustaz Yusuf, anak muda dari Tawau yang cuba menghidupkan sinar Islam di kawasan sekitar kampung. Masalah yang timbul adalah kawasan laluan Round About – Ladang Pinangah tidak memiliki sebarang surau/masjid dan ini menyukarkan untuk penduduk kampung di sana solat. Paling menyedihkan ada antara mereka yang tidak pernah solat sekalipun walaupun islam dan alasan tidak tahu mandi wajib.
Ketika ini, ustaz cuba mengajar kelas Fardhu Ain, pengajian Al-Quran dan Iqra dan juga bahasa Arab. Ustaz menggunakan rumah kakak dia (surau ketika ini seperti dalam gambar) untuk mengadakan solat jemaah dan pengajian setiap hari Rabu hingga Jumaat sahaja. Selepas solat Jumaat, ustaz balik ke Tawau dan begitulah setiap minggu.
PT1835, Persiaran Nuri 4A , Taman KP Perdana , 20050 Kuala Terengganu
Nama Akaun: Pertubuhan Ihsan Masyarakat Malaysia
Wakil PRISMA Society: 09-660 5521 / 011-4055 5808
Email : [email protected]