Agihan Bekalan Keperluan di Kelantan

Kami berada di Kawasan Kg Bakong, Pasir Mas yang terjejas Musibah banjir pada minggu lepas. Untuk kawasan Rantau Panjang ini, PRISMA sempat menyantuni 16 Buah keluarga dan mengagihkan set barangan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak untuk mereka

MISI BENCANA IHSAN | BANJIR KELANTAN. Baru-baru ini kita menerima berita di Kelantan mula dinaiki air banjir secara mengejutkan.

PRISMA mengambil inisiatif pada kali ini untuk menghantar sukarelawan untuk memberi bantuan dan agihan bahan asas untuk keluarga-keluarga yang terkena musibah pada kali ini.

2 orang volunteer akan berangkat ke Kelantan dan mereka akan memasuki ke 2 kawasan utama iaitu di Jajahan Tanah Merah dan Jeli.

Misi Bencana Ihsan merupakan misi yang menfokuskan bantuan kilat untuk mangsa-mangsa yang mengalami musibah bencana dan bantuan yang diberikan menfokuskan kepada sumbangan barangan makanan.
Jom doakan kebaikan untuk semua @ Kg Bakong, Pasir Mas, Kelantan

Menjejak Asnaf di Kijal

Hari ini Team PRISMA bersama SLT SK Bukit Anak Dara, Kijal untuk Program Syukur 3.1 untuk Bulan April yang telah masuk tahun yang ketiga di sini

2 Buah keluarga menerima set barangan makanan untuk program pada hari ini yang merupakan keluarga kepada adik adik di SK Bukit Anak Dara


Program Syukur ini merupakan program berkala secara bulanan dimana akan menepati beberapa objektif iaitu :
✅ Membantu golongan Asnaf untuk keperluan harian
✅ Mengeratkan hubungan antara Para Guru dan Ibubapa
✅ Meningkatkan kesedaran terhadap Cakna Komuniti
✅ Menggalakan pelajar untuk menderma
…Hasil sumbangan ini datangnya daripada kutipan Tabung Singgit yang dilancarkan di Sekolah dan juga sumbangan orang awam @ Sekolah Kebangsaan Bukit Anak Dara

Kredit kepada

@kamarulishamkassim @akim_traveller@_hazziqjaafar

Open chat
1
WhatsApp Kami
Assalamualaikum. Saya Kamarulisyam dari Prisma Society. Apa boleh kami bantu anda?