Kami berada di Kawasan Kg Bakong, Pasir Mas yang terjejas Musibah banjir pada minggu lepas. Untuk kawasan Rantau Panjang ini, PRISMA sempat menyantuni 16 Buah keluarga dan mengagihkan set barangan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak untuk mereka
MISI BENCANA IHSAN | BANJIR KELANTAN. Baru-baru ini kita menerima berita di Kelantan mula dinaiki air banjir secara mengejutkan.
PRISMA mengambil inisiatif pada kali ini untuk menghantar sukarelawan untuk memberi bantuan dan agihan bahan asas untuk keluarga-keluarga yang terkena musibah pada kali ini.
2 orang volunteer akan berangkat ke Kelantan dan mereka akan memasuki ke 2 kawasan utama iaitu di Jajahan Tanah Merah dan Jeli.
Misi Bencana Ihsan merupakan misi yang menfokuskan bantuan kilat untuk mangsa-mangsa yang mengalami musibah bencana dan bantuan yang diberikan menfokuskan kepada sumbangan barangan makanan.
Jom doakan kebaikan untuk semua @ Kg Bakong, Pasir Mas, Kelantan